Introduction to #bikbosTravel

bikbosTravel stand for --bibik dan bos besar jugak sebenarnya. Haha sebab kitorang kat rumah kuli kuli je sebab anak sulungkan? Tapi bila travel nak nampak mcm bosbos besar dan datindatin berjaya dan kaya ♡♡♡

So sebenarnya kitorang plan benda ni dah lama. Create group konon macam nak ajak satu batch. Lastlast hmm sebab kalau nak tunggu semorang ada/cuti kat Syurga lah gamaknya baru merasa 😌

Dan akhirnya kita 3 orang jelah yang berjaya misinya. Ni pon mula mula dah mcm angan taik ayam. Bila wani mintak bank in duit baru hegeh2 nak cari/korek duit dalam bank 😂😂

Satu lah aku rasa sebenarnya, nak berjalan ni kan jangan fikir kau xde duit lagi. Sebab duit kalau nak kumpul kang tetiba dah 2bulan pon itu jugak duitnya. Haha so cadangan drpd yg aku dapat-- rajin kan diri cek tiket flight. nampak je ticket murah, terus beli. Maksud tiket murah -- harga dia boleh buat bincang dengan baki dalam akaun bank korang buat masa tu, untuk tambang pergi dan balik. Tapi kau jangan pulak jumpa tiket murah utk lagi 2 hari kau terus beli. Bila nak kumpul duit makanminumhotelkeretasemuabendalain nya?  Ok? Lepas dah beli kau akan ada rasa tanggungjawap utk kumpul duit. Dahtu xkan kau nak pergi sana takde duit. Tetap tarikh so boleh buat bajet. Buat/cari lah kerja apa yg boleh menjana pendapatan kau.

Ok?

So percutian kitorang di SABAH untuk 6hari 5malam

BUDGET

Orang ramai tanya berapa budget korang?

Aku rasa kalau korang bukan jenis shopping harga boleh anggar dalam RM800-RM1000 kot termasuk makan hotel minyak semua. Untuk sorang.

Kitorang tiket flight dah mahal sebab naik MAS.

--sebab amik MAS , kitorang berniat nak shopping. Makanya tiket MAS dah siap sedia kargo 30kg so kira murah berbanding amik AirAsia pastu nak kene beli pulak 30kg kargo.

--kitorang bercuti lebih kurang seminggu. Barang lebih drpd 7kg utk book ticket pergi pakai airasia dan balik baru amik MAS. Hahahahaha (jawapan utk org yang tanya: masa pergi kan xshopping lagi naik lah airasia balik baru naik MAS)

--last sekali sebab kitorang kan datindatin kaya. Ofkos nak nampak kerlassss gitu hahahahahaha naik lah MAS ! walaupon ekonomi je bukan bisnes

TICKET

pergi balik RM313 /per person
-Naik MAS
-PERGI BALIK
-INCLUDE MAKANAN DALAM FLIGHT
-Kargo 30KG

kau tanya org yg duduk sabah sarawak murah ke mahal kalau tiket pergi balik naik MAS harga tu. ok?

Tapi harga aku ngan umi tak termasuk insuran.

KENDERAAN

Wani carikan  kereta sewa SAGA utk kitorang. Sehari RM 100 x 6hari =RM600

RM600 bahagi 3

Alhamdulillah orang ramai kata kereta sewa kitorang murah 😂😂 kereta dia ok takde buat hal. Nak contact no. Boleh mintak kitorang ok?

MINYAK

So kitorang 6hari dekat sana minyak RM180 je. Kot? Siap boleh naik kundasang 2x 😂😂😂 ok nanti cerita ! So harga minyak tu boleh bahagi 3

MAKAN 

Aku bajet sehari RM30 x 6hari =RM180

So bila harini kau terlebih dari bajet, esok pandai2 lah potong mana2 benda yg boleh potong ok?

Tips Jimat, air amik air masak jelah. Tak payah lah nak setiap kali makan nak oder bandung cincau. Payah lah.

Bawak apa2 yg boleh tahan lama dari rumah. Mcm sambal kering ke tuna ke maggi ke.

Walaupon kitorang datin2 kaya dan bergaya 😂😂😂 benda yg boleh jimat kene le jimat. Payah aaa semua benda nak bazirkan duit hahahaha so bila semalam dah terlebih duit pakai, harini boleh lah makan maggi je 😂



Antara yg kitorang bawak TUNA, SAMBAL IKAN BILIS, NESTUM.

roti beli kat sana. Sebab takut penyek.

Tips lagi, kalau nak bawak maggi, bawak maggi cup. Hahahahaha sebab nanti takde tempat nak masa kalau bawak maggi bungkus. Nasib duduk hotel boleh mintak mangkok ngan sudu.

Tapi kalau nak makan banyak maggi, bawak lah satu maggi cup dan yg lain maggi bungkus. So nanti reused la maggi cup tu. huahuahua



PENGINAPAN


Masa kat KUNDASANG kitorang stay dekat D'izz Lodge RM150 satu malam.
Dan kitorang duduk satu malam je lah haha so RM150 bahagi 3
Pastu Kat KK kitorang stayed dkat borneo hotel huhu RM 110 satu malam x 5hari pastu bahagi 3
Apa lagi? macam yuran2 masuk tu semua takdelah mahal nau range dalam RM2-RM10
so apa lagi nak kira?
shopping tak payah masuk lah kan? kalau kau rasa nak beria shopping bawak lah duih 200k?

So mari kira......... utk sekepala berapa bajet....

Tiket          RM313
Kereta        RM200
Minyak         RM60
Makan         RM180
Penginapan  RM234

TOTAL         RM987

untuk 6hari5malam, mahal ke? kalau rasa mahal, korang boleh cuba cari tiket airasia yang pergi RM30 balik Rm30 tu. lepastu buat trip 3hari2malam, mungkin boleh kot kurang rm500... OK?

Terima kasih baca ! nannti kita sambung update. posts will include itineraries with roughly estimates time, personal reviews or maybe budget, etc.

No comments:

Post a Comment